Page 74 - Mesyuarat Agung Tahunan UNIKEB Kali Ke 44
P. 74

LAPORAN JAWATANKUASA PENGURUSAN RISIKO






         1.0  Pengenalan


             Jawatankuasa  Pengurusan  Risiko Koperasi UNIKEB Berhad telah ditubuhkan  pada
             bulan November 2018. Ahli Jawatankuasa Risiko UNIKEB Berhad untuk sesi 2020/2021
             terdiri daripada

                 I.       Prof. Dr. Hj Amran Ab Majid          - Pengerusi
                 II.      En.Safiai Safari                     - AJK
                 III.     Puan Shurianie Rahim                 - AJK
                 IV.      En. Mohd Nor Fahmi Azmi              - Urusetia


         2.0  Objektif Jawatankuasa Pengurusan Risiko


             Jawatankuasa  Pengurusan  Risiko  UNIKEB Berhad  bertanggungjawab  melakukan
             analisis  risiko  terhadap  semua  aktiviti perniagaan  dan  pentadbiran  UNIKEB seperti
             pembiayaan,ArRahnu  & Kedai Emas,peruncitan,hartanah,kewangan  dan pengurusan
             serta pentadbiran, Pengurusan Risiko ini perlu dan penting dilaksanakan sebagai suatu
             proses melindungi sumber dan aset UNIKEB daripada kerugian menggunakan  Dasar
             dan Garis Panduan Pengurusan Risiko UNIKEB.

         3.0  Laporan

             3.1 Sepanjang tahun 2020, Jawatankuasa Risiko UNIKEB telah bermesyuarat sebanyak 2 kali
                 iaitu pada 24 Januari dan 24 Febuari 2020 sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
                 dikuatkuasakan.

             3.2 Jawatankuasa  Pengurusan  Risiko  telah membuat semakan akhir terhadap  dokumen
                 Dasar dan Garis Panduan Pengurusan Risiko UNIKEB Berhad.

             3.3 Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) GP27: Garis
                 Panduan Tadbir Urus Koperasi,Prinsip 13, Akta Koperasi 1993, telah digunakan sebagai
                 sumber rujukan utama dalam aspek pematuhan pengurusan risiko.


             3.4 Dasar  dan  Garis Panduan  Pengurusan  Risiko  UNIKEB Berhad  telah  diluluskan  pada
                 Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi (ALK) UNIKEB Bil 561 (03/03/2020) bertarikh 03
                 Mac 2020.

             3.5 Jawatankuasa  Risiko UNIKEB telah mendengar  pembentangan  Laporan  Kecurian di
                 Kedai Emas & Ar Rahnu 3 (Semenyih) bagi menilai punca,akibat dan langkah kawalan
                 bagi menghindarkan  dari kejadian yang sama berulang.

         4.0  Rumusan

             4.1 UNIKEB  Berhad telah mula mengguna pakai Dasar dan Garis  Panduan Pengurusan
                 Risiko UNIKEB Berhad 2020 bagi memastikan operasi perniagaan  dan pengurusan
                 UNIKEB Berhad terlindung dari sebarang risiko. Jawatankuasa Risiko Koperasi UNIKEB
                 Berhad      berharap     ALK,Pengurusan         dan     staf    UNIKEB       Berhad      dapat
                 memahami,menghayati dan mengamalkan pengurusan risiko yang baik demi kelestarian
                 dan kejayaan Koperasi UNIKEB Berhad.


                                                           68
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79