Page 72 - Mesyuarat Agung Tahunan UNIKEB Kali Ke 44
P. 72
LAPORAN JAWATANKUASA SYARIAH
1.0 Pengenalan
Jawatankuasa Panel Syariah Koperasi UNIKEB Berhad telah ditubuhkan pada bulan
Oktober 2013. Bagi sesi 2020/2021, jawatankuasa ini terdiri daripada:
I. Prof .Dr. Hj Abdull Rahman Mahmood
(Pengerusi) - Pensyarah Fakulti
Pengajian Islam, UKM
II. Sahibus Samahah Prof. Madya
Dr. Mohamad Sabri Haron (Ahli) - Pensyarah Pusat Pengajian
Citra Universiti UKM
III. Dr. Nik Abdul Rahim Nik Abdul
Ghani (Ahli) - Pensyarah Fakulti
Pengajian Islam, UKM.
2.0
Objektif Jawatankuasa Panel Syariah
Untuk mengawal selia, menilai, mengkaji, memberi pandangan dan nasihat kepada
Anggota Lembaga Koperasi UNIKEB Berhad terhadap semua aktiviti pembiayaan,
perniagaan dan pelaburan yang dijalankan oleh Koperasi UNIKEB Berhad
berlandaskan syariah. Objektif ini berpandukan GP28, seksyen 86B, Akta Koperasi
1993 (Akta).
3.0
Laporan
3.1 Sepanjang tahun 2020, JKS telah mengadakan mesyuarat 5 (Lima) kali mesyuarat
` dan 3 (Tiga) kali lawatan audit yang dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Panel Syariah
iaitu pada:
Tarikh Mesyuarat:
a. 13 Mac 2020
b. 30 April 2020
c. 28 Ogos 2020
d. 07 September 2020
e. 21 Disember 2020
Tarikh Lawatan Audit Syariah:
a. 13 Januari 2020
- Meneliti semua produk,dokumen pembiayaan yang diguna pakai , dan
proses akad secara bertulis.
b. 31 Januari 2020
- Lawatan ke Unit Pembiayaan bagi melihat prosedur secara langsung di
antara staf dan pelanggan.
- Perbincangan di antara Panel Syariah dan Unit Pembiayaan, bagi mencari
penyelesaian terhadap isu yang terjadi dalam proses akad.
66

