Page 69 - Mesyuarat Agung Tahunan UNIKEB Kali Ke 44
P. 69

LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN





        1.0  Objektif Pengauditan


             Objektif audit dalaman  adalah bagi membantu pihak pengurusan  dan pentadbiran
             melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab mereka dengan cekap dan berkesan melalui
             penganalisaan,  penilaian  dan membuat cadangan  serta ulasan yang berkaitan dengan
             aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.


        2.0  Skop dan Mekanisme Pengauditan.

             Fokus pengauditan  yang  dilaksanakan  adalah  dengan  memberi  tumpuan  kepada
             pengurusan  ke atas aktiviti-aktiviti  yang dijalankan  oleh  Koperasi  UNIKEB Berhad  serta
             menyemak dan menilai aspek-aspek lain yang berkaitan dengan aktiviti. Skop pengauditan
             dilaksanakan  dengan mengutamakan  prinsip bebas dan berkecuali  untuk memastikan
             perkara berikut:


            2.1.1 Memastikan  koperasi  mematuhi  kehendak  Akta Koperasi,  Peraturan-peraturan
                  Koperasi, Garis Panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
                  dan Undang-undang Kecil Koperasi.

            2.1.2 Memastikan supaya sistem kawalan dalaman berjalan lancer dan berkesan agar
                  sebarang  bentuk kelemahan  dan kekurangan  dalam  sistem dapat dibuat
                  penambahbaikan atau pembetulan dengan segara.

            2.1.3 Mengesan  sebarang  bentuk  kesilapan,  permasalahan  atau ketidakpatuhan  pada
                  peringkat awal supaya tindakan pembetulan dan tindakan pencegahan dapat diambil
                  dengan segara.


            2.1.4 Memastikan perbelanjaan dibuat dengan berhemat.
            2.1.5 Memastikan sumber-sumber digunakan dengan cekap dan ekonomik.

            2.1.6 Meningkatkan keberkesan pentadbiran pengurusan.
            2.1.7 Meningkatkan keyakinan anggota-anggota dan pihak-pihak lain yang berkepentingan



        3.0  Metodologi Pengauditan

             Metodologi yang digunakan dalam melaksanakan audit adalah seperti berikut:

            3.1.1  Pemeriksaaan Fizikal: dilakukan bagi membuktikan kewujudan aset seperti wang tunai,
                   stok, aset tetap dan  juga  aset yang  mana kewujudannya  boleh  dibuktikan  dengan
                   dokumen seperti sijil-sijil saham.

            3.1.2  Pengesahan: Pembuktian yang dilakukan ke  atas sebarang urusniaga melalui
                   pemeriksaan dokumen punca (source document) yang berkaitan dan juga pengesahan
                   daripada pihak luar.

            3.1.3  Tanyaselidik: Satu teknik samada secara bertulis atau lisan. Teknik tanyaselidik ini boleh
                   diarahkan kepada pihak pengurusan, pekerja-pekerja, pembekal dan kepada sesiapa
                   yang ada kaitan dengan kerja-kerja audit.



                                                           63
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74