Page 70 - Mesyuarat Agung Tahunan UNIKEB Kali Ke 44
P. 70
Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) Tahun
Koperasi UNIKEB Berhad 2020 - 2021
3.1.4 Ulangbuat: Melibatkan kerja-kerja pengiraan semula, penyemakan, pindahan,
pengujian semula ke atas buku-buku dan rekod-rekod perakaunan dan juga kepatuhan
kepada tatacara kawalan dalaman.
3.1.5 Pemerhatian: Satu teknik yang penting untuk mengetahui pada keseluruhannya
kegiatan dan sistem organisasi yang diaudit dan untuk mengesan keadaan yang tidak
diingini. Ianya merupakan satu kajian untuk menentukan sistem yang berkuatkuasa atau
kajian kepatuhan bagi mewujudkan asas untuk mempercayai kegiatan-kegiatan yang
diperhatikan.
3.1.6 Panduan Pakar: Panduan pakar digunakan dalam menentukan kewujudan dan
penilaian aset-aset dari aspek teknikal dan fizikal aset.
3.1.7 Kajiselidik dan penelitian: Kajiselidik ialah satu analisa perbandingan yang dilakukan ke
atas angka-angka yang berkaitan, aliran dan nisbah untuk mengenalpasti keadaan
persamaan atau perbezaan di antara mereka. Penelitian ialah pencarian data untuk
mengesan butiran-butiran penting yang memerlukan penyiasatan lanjut.
4.0 LAPORAN AKTIVITI JK AUDIT DALAMAN UNIKEB
Sepanjang tahun 2020, panel JK Audit Dalaman telah bermesyuarat sebanyak 2 (DUA) kali
iaitu 21 Febuari 2020 dan 06 Mac 2020.Mesyuarat membincangkan tentang laporan lengkap
Unit Hartanah dan penemuan audit terbaharu iaitu Unit Dagang Dan Pemasaran.
5.0 RUMUSAN KESELURUHAN AUDIT
Secara keseluruhannya, operasi Unit Perniagaan UNIKEB berjalan dengan baik walaupun
Pengurus Besar Koperasi UNIKEB dilantik pada bulan Mac 2020 dan pandemik Covid-19
melanda negara Malaysia pada tahun 2020.Walaubagaimanapun pada pendapat
Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD), beberapa penambahbaikan perlu dilaksanakan bagi
menambahbaik proses kerja di Unit Dagang Dan Pemasaran iaitu:
a) Memantapkan dan memperketatkan pematuhan Standard Operating Procudure (SOP)
meliputi:
1) Perlu keluarkan SOP Kedai BUKU yang telah dihentikan operasi.
2) Mewujudkan SOP bagi Ketua Jurujual dan Khidmat Pelanggan.
3) Rekod aliran tunai di antara Dobi Puteri, Umart dengan Wisma.
b) Merangka pelaksanaan promosi produk Unit Dagang Dan Pemasaran:
1) Insuran
2) Kasut Kesihatan
3) Dobi Puteri
4) Sistem Kumpul Point (Incard)
c) Merancang pelaksanaan pengutipan hutang yang tertunggak yang berkesan dan
terancang.
d) Semakan pesanan rasmi telah dibuat menunjukkan hasil yang memuaskan.
64

