Page 28 - Mesyuarat Agung Tahunan UNIKEB Kali Ke 44
P. 28

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN                  Ke-43
                                                                             Koperasi UNIKEB Berhad







                        i.      Keuntungan  Bersih  Sebelum  Cukai  yang  boleh  dibahagikan  adalah
                                sebanyak RM2,718,791
                        ii.     Dividen  dicadangkan  sebanyak 5% atas modal syer berjumlah
                                RM130,237

                        iii.    Dividen  dicadangkan  sebanyak  5% atas modal  yuran  berjumlah
                                RM961,516

                        iv.     Honorarium ALK dicadangkan berjumlah RM95,158
                        v.      Agihan zakat perniagaan sebanyak RM59,247

                        vi.     Cukai dibayar berjumlah RM279,945
                        vii.    Kumpulan Wang Menebus Syer sebanyak 5% berjumlah RM271,879

                        viii.   Pindahan ke akaun keuntungan terkumpul sebanyak RM1,544,565


                 Laporan Kewangan Di Bawah Perenggan 59 (1)  C Akta  dan Laporan Juruaudit dan
                 Pengagihan Untung Bersih Tahun Berakhir Teraudit 31 Disember 2019 telah disahkan
                 setelah dicadangkan oleh Puan Hazira binti Mohd Nor (7172) dan disokong oleh Encik
                 Bisharuzi bin Omar (4049).


            AGENDA 8

            MENIMBANG DAN MELULUSKAN BELANJAWAN TAHUNAN KOPERASI BAGI TAHUN 2020

            Bendahari UNIKEB, Encik Mokshin bin Hj. Tumin (3656) telah membentangkan Anggaran
            Belanjawan bagi tahun 2020 seperti di dalam muka surat 122 dengan Jumlah Pendapatan
            sebanyak RM29,937,330 dan Perbelanjaan  sebanyak RM6,408,735 dengan Sasaran
            Keuntungan Bersih berjumlah RM1,570,344.

            Tuan Hj. Ahsan bin Ahmad (1984) bertanyakan mengenai jumlah perbelanjaan. Anggaran
            Jualan /  Pendapatan Bersih perniagaan  Koperasi akan berkurangan  bagi tahun 2020
            disebabkan COVID-19. Namun jika dilihat pada anggaran jumlah perbelanjaan bagi tahun
            2020 adalah meningkat. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Koperasi sebagai usaha
            mengurangkan jumlah perbelanjaan tersebut?


            Bendahari UNIKEB, Encik Mokshin bin Hj. Tumin (3656) menjelaskan berlaku peningkatan
            jumlah perbelanjaan yang ketara bagi tahun 2020 adalah disebabkan gaji dan upah.

            Tuan Hj. Ahsan bin Ahmad (1984) bertanyakan mengenai anggaran elaun kerja lebih masa
            bagi tahun 2020 yang dilihat berlaku peningkatan.


            Bendahari UNIKEB, Encik Mokshin bin Hj. Tumin (3656) menjelaskan Pihak Pengurusan
            mengambil maklum atas isu yang dibangkitkan.

            Encik Abdul Azzim bin Nawi (8088) mencadangkan Anggaran Belanjawan 2020 ini diterima
            dan disokong oleh Puan Zaiton binti Othman (1988).






                                                            23
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33