Page 23 - Mesyuarat Agung Tahunan UNIKEB Kali Ke 44
P. 23

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN                  Ke-43
                                                                            Koperasi UNIKEB Berhad








            2.2   Mesyuarat memberi mandat kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK) menamakan
                 empat (4) orang ALK sebagai Jawatankuasa Penentusah Deraf Minit Mesyuarat Agung
                 Tahunan ke-43.


            2.3   Pengerusi memaklumkan bahawa tugas Jawatankuasa ialah untuk memastikan setiap
                 perbincangan  dicatatkan sebagai Deraf Minit Mesyuarat  Agung dan seterusnya
                 menentusahkan deraf minit mesyuarat tersebut

            AGENDA 3

            MENJALANKAN PROSES PENGUNDIAN EMPAT (4) ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

            3.1   Pengerusi UNIKEB, YBhg. Prof. Dr. Hj. Wan Mohtar bin Wan Yusoff (3414) memberikan
                 taklimat mengenai proses pengundian.

            3.2   Calon yang layak untuk pemilihan dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-43 yang telah
                 diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah seperti berikut:


                      i.      Encik Md Nora bin Md Don                         (3374)
                      ii.     Encik Jefri bin Mohd Azhari                      (6459)
                      iii.    YBhg. Prof. Dr. Hj. Zulkifli bin Senteri         (2736)
                      iv.     Tuan Hj. Abd Razak bin Hussin                    (2526)
                      v.      Encik Mokshin bin Tumin                          (3656)
                      vi.     Tuan Hj. Othman bin Ahmad                        (2089)

            3.3   Undian adalah secara dalam talian selama 1 jam mulai jam 9.30 hingga 10.30 pagi.


            3.4   Keputusan pengundian akan diumumkan pada Agenda 20 dalam Mesyuarat Agung ini.


            AGENDA 4


            MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT  AGUNG TAHUNAN KOPERASI UNIKEB BERHAD
            KE-42 YANG TELAH DIADAKAN PADA 9 JULAI 2019

            4.1   Pengerusi UNIKEB,  YBhg.  Prof.  Dr.  Hj.  Wan Mohtar bin Wan  Yusoff  (3414) telah
                 membentang Minit Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi UNIKEB Berhad Ke-42. Minit
                 telah ditentusahkan oleh Ahli Jawatankuasa Menentusahkan Minit yang telah dilantik
                 dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi UNIKEB Berhad Ke-42.

            4.2   Tuan Hj Ahsan bin Ahmad (1984), mencadangkan  Minit Mesyuarat Agung  Tahunan
                 Koperasi UNIKEB Ke-42 disahkan tanpa pindaan dan disokong Encik Mohd Khairul Zain
                 bin Ismail (6112).


            AGENDA 5

            MEMBENTANGKAN LAPORAN LEMBAGA BAGI TEMPOH JANUARI SEHINGGA DISEMBER
            2019




                                                           18
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28