Page 24 - Mesyuarat Agung Tahunan UNIKEB Kali Ke 44
P. 24

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN                  Ke-43
                                                                             Koperasi UNIKEB Berhad










            5.1   Setiausaha UNIKEB,  Dr.  Hj. Zulkafli bin  Amat  (2947) membentangkan  Laporan
                 Lembaga bagi tempoh Januari sehingga Disember 2019 bermula dari muka surat 53
                 hingga muka surat 67.

            AGENDA 6


            MEMBENTANGKAN LAPORAN JAWATANKUASA  AUDIT DALAMAN, JAWATANKUASA
            SYARIAH DAN JAWATANKUASA PENGURUSAN RISIKO

            6.1   LAPORAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN


                 Pengerusi  Jawatankuasa Audit Dalaman  UNIKEB, Encik Norazali  bin Harun (4692)
                 telah membentangkan Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) UNIKEB bagi Sesi
                 2019/2020 bermula daripada muka surat 69 hingga muka surat 72.

                 6.1.1   Objektif Pengauditan

                        Memastikan pihak pengurusan kewangan, aktiviti dan sistem kawalan dalaman
                        Koperasi UNIKEB Berhad dilaksanakan selaras dengan peraturan berkuatkuasa
                        dan membantu pihak pengurusan  UNIKEB melaksanakan  tugas-tugas dan
                        tanggungjawab  mereka dengan  cekap dan berkesan  melalui  penemuan  audit
                        serta syor cadangan penambahbaikan kepada aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.

                 6.1.2   Skop dan Mekanisme Pengauditan


                        Memastikan pematuhan kehendak Akta Koperasi, Peraturan-peraturan Koperasi,
                        Garis Panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan
                        Undang-undang Kecil Koperasi.

                        a.  Memastikan sistem kawalan  dalaman  berjalan  lancar dan berkesan agar
                           sebarang  bentuk kelemahan  dan kekurangan  dalam  sistem dapat dibuat
                           penambahbaikan atau pembetulan dengan segera.

                        b.  Mengesan  sebarang  bentuk  kesilapan,  permasalahan  atau ketidakpatuhan
                           pada awal supaya tindakan pembetulan  dan tindakan pencegahan  dapat
                           diambil dengan segera.


                        c.  Memastikan perbelanjaan dibuat dengan berhemat

                        d.  Memastikan sumber-sumber digunakan dengan cekap dan berkesan


                        e.  Meningkatkan keberkesanan Pentadbiran dan Pengurusan

                        f.  Meningkatkan  keyakinan  anggota-anggota  dan pihak-pihak  lain yang
                           berkepentingan.






                                                            19
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29