Page 25 - Mesyuarat Agung Tahunan UNIKEB Kali Ke 44
P. 25
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN Ke-43
Koperasi UNIKEB Berhad
6.1.3 Metodologi Pengauditan
a. Pemeriksaan Fizikal
b. Pengesahan
c. Soal Selidik
d. Ulang Buat
e. Pemerhatian
f. Panduan Pakar
g. Kaji Selidik dan Penelitian
6.1.4 Aktiviti Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD)
a. Sepanjang tempoh lantikan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD), telah
berusaha gigih melaksanakan aktiviti pengauditan seperti dijadualkan
walaupun sedikit terjejas akibat pandemik COVID-19.
b. JAD telah melaksanakan mesyuarat sebanyak dua (2) kali bagi merancang
skop pengauditan setiap unit dan mengadakan perbincangan bersama
Juruaudit yang lain berkenaan penemuan dan maklum balas pengauditan.
c. JAD melaksanakan audit di unit berkaitan sebanyak empat (4) kali auditan
bersama auditee bagi mengenal pasti punca masalah dan menetapkan syor
cadangan audit yang bersesuaian
6.1.5 Penemuan dan Saranan Audit
Hasil pelaksanaan audit, pihak JAD mengemukakan penemuan dan memberi
saranan syor seperti berikut:
a. Unit Hartanah
Hasil auditan penyewaan premis mendapati pihak pengurusan perlu
menambahbaik dan memantapkan pematuhan Standard Operating Procedure
(SOP) pra-penyewaan sebelum memeterai perjanjian, mengukuhkan
penguatkuasaan prosedur penyewaan agar setiap caj sewa dikenakan dapat
dikutip, mewujudkan polisi peruntukan hutang serta mengamalkan tadbir urus
berintegriti bagi mengelak keterlibatan dan percanggahan kepentingan.
Auditan pelaburan hartanah di Southville mendapati penelitian perancangan
pra-pelaburan perlu diberi perhatian agar tiada kesilapan Terma Pelaburan,
percanggahan kepentingan dan kelewatan menandatangani perjanjian hingga
menjejaskan kepentingan UNIKEB di masa hadapan.
Auditan Unit Hartanah di Ipoh juga mendapati pihak pengurusan perlu
mengambil perhatian kepada keperluan penelitian Terma Perlanjutan
Perjanjian Sewaan, pengoptimuman ruang premis kosong tanpa penghuni,
deposit dikira hangus (forfeited) di kategori sebagai hasil sewa bagi penyewa
yang masih aktif tiada penilaian risiko pra-pelaburan hartanah.
20

