MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-48
𝗨𝗖𝗔𝗣𝗔𝗑 π—£π—˜π—‘π—šπ—›π—”π—₯π—šπ—”π—”π—‘ π— π—˜π—¦π—¬π—¨π—”π—₯𝗔𝗧 π—”π—šπ—¨π—‘π—š 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗑𝗔𝗑 π—žπ—”π—Ÿπ—œ π—žπ—˜-𝟰𝟴
π—žπ—’π—£π—˜π—₯π—”π—¦π—œ π—¨π—‘π—œπ—žπ—˜π—• π—•π—˜π—₯𝗛𝗔𝗗

Koperasi UNIKEB Berhad dengan penuh kesyukuran dan rasa bangga ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-48 Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada 26 Jun 2025, bertempat di Auditorium PERMATApintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan bin Jalal (B) yang turut berkongsi amanat serta dorongan dalam memperkukuh peranan koperasi sebagai pemacu kesejahteraan ekonomi anggota.

Dengan berpaksikan nilai-nilai Integriti, Profesionalisme dan Komitmen, Mesyuarat Agung Tahunan ke-48 ini menjadi platform penting untuk merapatkan hubungan sesama anggota serta memperkukuh hala tuju koperasi ke arah kecemerlangan yang mampan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua anggota yang hadir dan memberikan sokongan padu kepada perjalanan koperasi. Kehadiran dan penyertaan aktif anda semua menjadi tonggak kejayaan mesyuarat ini. Bersama-sama kita terus memacu UNIKEB sebagai koperasi unggul, berdaya saing dan berteraskan nilai korporat.

β€œBersatu, Berinovasi, Berdaya Saing”.

513840711_1284850923643190_1295041632736195271_n
512680262_1284850793643203_1895721807289908716_n
512441791_1284851010309848_4324413340995571225_n

TRANSFORMASI PERNIAGAAN KOPERASI MELALUI FRANCAIS

πŸ“… Tarikh: 13 November 2025
πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 5.30 petang
πŸ“ Lokasi: Bilik Seminar UNIKEB, Bangi Gateway

πŸ’Ό Yuran Penyertaan:
RM180 (Per Peserta)
πŸ’‘ Early Bird Special: Daftar sebelum 31 Oktober 2025 hanya RM150 per peserta❕

πŸ“ž Hubungi untuk maklumat lanjut & pendaftaran:

Pn. Rohaizah | 011-28317892 | rohaizah@unikeb.com

Pn. Nurul Farahin | 017-6356472 | nurulfarahin@unikeb.com