SELAMAT DATANG KE LAMAN UNIKEB

Dalam tempoh 50 tahun, UNIKEB telah mempelbagaikan perkhidmatan dan cabang perniagaannya seiring dengan tuntutan zaman dan ekonomi semasa. UNIKEB bertekad untuk lebih maju dan berdaya saing seperti yang termaktub dalam dasar Koperasi Nasional 2030.

UCAPAN TAHNIAH KEPADA KOPERASI UNIKEB BERHAD

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Koperasi UNIKEB Berhad atas kejayaan membanggakan apabila berjaya tersenarai dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia bagi Tahun 2025 dengan menduduki tempat Ke-34 Dengan jumlah keanggotaan seramai 4,478 orang, kutipan Syer dan Yuran mencecah RM24.952 juta serta Kumpulan Wang Anggota sebanyak RM31.848 juta, Koperasi UNIKEB Berhad terus membuktikan keupayaan sebagai koperasi yang kukuh dan berdaya saing.

 Pencapaian Jumlah Aset koperasi sebanyak RM77.409 juta dan Pendapatan Keseluruhan RM29.270 juta adalah hasil daripada pengurusan yang cekap, perancangan strategik yang berkesan dan yang paling utama merupakan penglibatan aktif anggota yang sentiasa menyokong dan menyumbang kepada kemajuan koperasi. Komitmen serta kesedaran tinggi anggota dalam menyokong aktiviti dan perniagaan koperasi seperti Stesen Minyak, UMart, Ar-Rahnu dan kemudahan lain yang disediakan membuktikan bahawa kekuatan sebenar koperasi terletak pada perpaduan dan semangat kerjasama dalam kalangan anggotanya.

 Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh Warga Koperasi UNIKEB atas usaha berterusan dalam memperkasa ekonomi anggota dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

 "Bersama Membina Koperasi Gemilang"

WhatsApp Image 2025-07-29 at 10.49.55_cb639369

UCAPAN PENGHARGAAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-48

Koperasi UNIKEB Berhad dengan penuh kesyukuran dan rasa bangga ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-48 Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada 26 Jun 2025, bertempat di Auditorium PERMATApintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan bin Jalal (B) yang turut berkongsi amanat serta dorongan dalam memperkukuh peranan koperasi sebagai pemacu kesejahteraan ekonomi anggota.

Baca lagi
513840711_1284850923643190_1295041632736195271_n

Perkhidmatan Kami

Photo Resizer 2025_07_23_03_50_20
Bilik seminar UNIKEB

Bilik seminar kami sesuai digunakan bagi pelbagai tujuan seperti seminar, bengkel, latihan, mesyuarat, taklimat, sesi pembentangan dan aktiviti profesional yang lain.

Hubungi kami
Photo Resizer 2025_07_23_03_58_26
Takaful Kenderaan

UNIKEB kini menyediakan perkhidmatan pembaharuan takaful kenderaan bagi semua jenis kenderaan persendirian dan komersial. Perkhidmatan ini ditawarkan sebagai usaha memudahkan pelanggan mendapatkan perlindungan takaful yang patuh syariah dan boleh dipercayai.

Hubungi kami
Photo Resizer 2025_07_23_04_03_45
Platform E-Dagang

Sebagai usaha memperkasa usahawan dan memodenkan sistem perniagaan, UNIKEB juga mengendalikan platform e-dagang yang menyokong aktiviti jual beli secara dalam talian. Platform ini membolehkan pelanggan mendapatkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan

Lihat lagi

Kepentingan Anggota dalam Membantu Koperasi

Anggota adalah nadi utama sesebuah koperasi. Tanpa penglibatan aktif anggota, koperasi tidak dapat berkembang dan mencapai matlamat penubuhannya. Setiap anggota memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan, daya saing dan kelestarian koperasi dalam jangka masa panjang..

Contact Us

PERNIAGAAN UNIKEB

Photo Resizer 2025_07_23_04_16_12
UMART 1, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM - HCTM
????????????????????????????????????
UMART Wisma UNIKEB, Bangi
Photo Resizer 2025_07_23_04_23_15
KEDAI EMAS DAN AR RAHNU, PRIMA SAUJANA, KAJANG.
Photo Resizer 2025_07_30_08_54_33
AR RAHNU & KEDAI EMAS, CHERAS
Photo Resizer 2025_07_23_04_15_03
UMART 2, Sebelahan kecemasan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM - HCTM
Photo Resizer 2025_07_23_04_22_11
Stesen Minyak Petronas, UNIKEB 2 Bandar Baru Bangi, Seksyen 4
Photo Resizer 2025_07_23_04_25_06
KEDAI EMAS DAN AR RAHNU, SEMENYIH
????????????????????????????????????
AR RAHNU & KEDAI EMAS, WISMA UNIKEB

Statistik Keanggotaan

1+
Anggota

RM72 juta

Jumlah Aset

RM24 Juta

Syer dan Yuran

TRANSFORMASI PERNIAGAAN KOPERASI MELALUI FRANCAIS

📅 Tarikh: 13 November 2025
🕗 Masa: 8.00 pagi – 5.30 petang
📍 Lokasi: Bilik Seminar UNIKEB, Bangi Gateway

💼 Yuran Penyertaan:
RM180 (Per Peserta)
💡 Early Bird Special: Daftar sebelum 31 Oktober 2025 hanya RM150 per peserta❕

📞 Hubungi untuk maklumat lanjut & pendaftaran:

Pn. Rohaizah | 011-28317892 | rohaizah@unikeb.com

Pn. Nurul Farahin | 017-6356472 | nurulfarahin@unikeb.com