Page 5 - Mesyuarat Agung Tahunan UNIKEB Kali Ke 44
P. 5

SEKAPUR SIREH







                           PERASMI MESYUARAT AGUNG KALI KE-44












               Kata Alu-alaun

               Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera

               Saya mengucapkan syukur  dan tahniah kepada semua  Anggota Lembaga,Anggota
               Koperasi dan Pengurusan Koperasi UNIKEB Berhad atas kejayaan mengadakan
               Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-44 secara maya.

               Sejak awal tahun 2020, penularan wabak COVID-19 telah menggugat aktiviti perniagaan
               bukan sahaja UNIKEB malah seluruh negara. Namun begitu, saya mengucapkan syabas
               dan tahniah kepada UNIKEB yang telah berjaya mempamerkan kecermerlangan dalam
               prestasi perniagaan bagi tahun 2020 dengan mengekalkan keuntungan bersih berjumlah
               RM1.8  juta.  Malah,  saya  juga  amat  berbangga  kerana  UNIKEB  telah  berjaya
               dianugerahkan sebagai Koperasi Terbaik Negeri Selangor bagi tahun 2020.

               Saya dan pengurusan utama universiti akan terus memberikan sokongan serta kerjasama
               kepada UNIKEB dalam memastikan kesinambungan kerjasama ini akan terus terjalin demi
               kepentingan bersama. Bagi mencapai status Koperasi yang cemerlang, faktor keuntungan
               bukanlah ukuran utama semata-mata sebaliknya sentiasalah mengutamakan aspek
               kebajikan dan kepentingan sosial bagi meningkatkan tahap sosio ekonomi anggota
               UNIKEB serta masyarakat setempat. Kejayaan Koperasi ini perlu dinikmati bersama oleh
               semua pihak, baik anggotanya dan juga anggota keluarga yang mana mereka juga
               merupakan sebahagian daripada warga UKM.

               UKM juga akan terus memberikan komitmen dan kepercayaan kepada UNIKEB untuk
               menjalinkan  mana-mana usahasama  perniagaan  yang  berpotensi  dengan UKM  dalam
               usaha meningkatkan pendapatan UNIKEB kerana telah menyalurkan pelbagai bentuk
               sumbangan dan kebajikan kepada UKM di sepanjang tahun 2020 ini.

               Akhir kata,saya sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada barisan Anggota
               Lembaga dan Pengurusan Koperasi UNIKEB kerana telah berjaya meraih kecemerlangan
               sepanjang tahun 2020. Semoga kejayaan ini akan terus berkekalan dan dipertingkatkan
               lagi dengan menanamkan nilai-nilai murni,amanah,jujur dan telus dalam mengurus serta
               menyelia Koperasi ini.
               Wassalam, terima kasih.

               Sekian.



               PROF. DATO’ TS DR. MOHD EKHWAN HJ. TORIMAN
               NAIB CANSELOR
               Universiti Kebangsaan Malaysia



                                                            3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10