Info korporat
Screenshot 2025-08-04 103608
SEJARAH PENUBUHAN

Sejarah Syarikat Kerjasama Tenaga UNIKEB Berhad sebenarnya tumbuh sebagai tunas kecil dibawah pohon rimbunan hijau Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diasaskan oleh beberapa orang kakitangannya yang mempunyai visi dan misi untuk menyatukan kepakaran dan tenaga bagi menubuhkan satu pergerakan koperasi yang sah bagi kegiatan ekonomi dan kebajikan kakitangan UKM. Maka pada bulan Mei tahun 1973, satu jawatankuasa penaja Syarikat Kerjasama Tenaga UNIKEB Berhad yang terdiri dari En. Nik Rashid Ismail, En. Sabardin Ahmad, En. Mohd Nazran Shaarin, En. Abd Hamid Abdullah, En. Mohd Kabir Hj Hashim, En. Radin Samah, Dr. J. Chandran dan En. Yep Putih telah memanggil Mesyuarat Agung Pertama bagi merasmikan penubuhannya. Mesyuarat itu telah diadakan di Orditorium Universiti Kebangsaan Malaysia Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Tahun 1999 adalah tahun yang bermakna untuk UNIKEB, sebuah bangunan yang dibina sejak dua tahun sebelumnya di atas sekeping tanah Universiti Kebangsaan Malaysia telah sempurna disiapkan, dan berpindahlah pejabat Pengurusan UNIKEB ke bangunan baru iaitu Wisma UNIKEB pada bulan Januari 2000. Bangunan empat tingkat itu menempatkan ruang niaga di aras satu dan dua, ruang pejabat Lembaga Pengarah dan Bilik Seminar di aras tiga, manakala Pejabat Pentadbiran, Bilik Mesyuarat dan Jabatan Akaun di aras empat. Di Wisma UNIKEB inilah bermula era barunya koperasi di dalam melaksanakan aktiviti yang lebih produktif iaitu penglibatan dalam projek-projek hartanah.

Baca lagi
visi

Memacu aktiviti perniagaan dan keusahawanan yang berdaya saing demi kemakmuran dan kesejahteraan anggota dan masyarakat


                         MISI

1.Menjalankan aktiviti perniagaan yang berdaya maju dan
berdaya saing yang berimpak tinggi.

2.Membangun usahawan di kalangan
anggota menjalankan perniagaan yang mampan.

3.Meningkatkan
keupayaan dan kompentensi warga kerja dan anggota.

4.Memastikan sistem, proses, dan sumber daya manusia
koperasi yang cekap dan berkesan selaras dengan perkembangan semasa.

5.Memastikan tadbir urus terbaik dan patuh syariah.

Kepentingan Anggota Membantu Koperasi
dalam Perniagaan

Sebagai anggota Koperasi UNIKEB Berhad, anda bukan sekadar pelanggan — anda adalah pemilik bersama sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk manfaat bersama. Setiap sokongan anda, sama ada melalui penggunaan perkhidmatan, pelaburan modal, atau promosi kepada rakan-rakan, memberi impak besar kepada kejayaan koperasi kita.

TRANSFORMASI PERNIAGAAN KOPERASI MELALUI FRANCAIS

📅 Tarikh: 13 November 2025
🕗 Masa: 8.00 pagi – 5.30 petang
📍 Lokasi: Bilik Seminar UNIKEB, Bangi Gateway

💼 Yuran Penyertaan:
RM180 (Per Peserta)
💡 Early Bird Special: Daftar sebelum 31 Oktober 2025 hanya RM150 per peserta❕

📞 Hubungi untuk maklumat lanjut & pendaftaran:

Pn. Rohaizah | 011-28317892 | rohaizah@unikeb.com

Pn. Nurul Farahin | 017-6356472 | nurulfarahin@unikeb.com