Perniagaan
AR RAHNU & KEDAI EMAS
Sebagai strategi jangka-panjang Koperasi UNIKEB dalam mempelbagaikan aktivitinya;
sebuah kedai pajak gadai berkonsepkan Islam telah dilancarkan pada 3 November 2003. Memberi perkhidmatan dan faedah anggota koperasi serta masyarakat setempat yang memerlukan pajak gadaian atas landasan yang selari dan sesuai mengikut syariat islam.
TUJUAN AR – RAHNU
• Menyediakan alternatif kepada masyarakat dalam memenuhi keperluan wang tunai segera
• Menghapuskan penindasan dalam urusan pajak gadai
KELEBIHAN AR – RAHNU
• Pinjaman bebas riba
• Upah simpan yang rendah berbanding konvesional
• Proses lelongan yang telus
• Perlindungan insurans
KONSEP SYARIAH PRODUK
Wadiah yad Dhamanah
• Simpanan dengan jaminan keselamatan
Ujrah
• Upah simpan barang gadaian
CIRI – CIRI PRODUK
KELAYAKAN: –
1. Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap
2. Berumur dari 18 tahun dan ke atas
3. Tidak muflis
4. Barang kemas (marhum) adalah milik sah pemohon / keluarga.
5. Barang kemas (meliputi jenis emas yang di tetapkan)
– Semua jenis batu permata / hiasan TIDAK di terima
– Semua Gold Bar / syling / Dinar TIDAK di terima.
HAD PEMBIAYAAN
1. 70 % atas nilai marhun
2. Maksimum RM50,000.00
TEMPOH GADAIAN
1. Maksimum enam bulan
2. Boleh diperbaharui semula tempoh gadaian iaitu maksimum 6 bulan.
KEKERAPAN GADAIAN
• Jumlah pembiayaan terkumpul tidak melebihi RM50,000.00 (tidak temasuk upah simpan)
GADAIAN SEMULA
• Jika penggadai ingin meminda harga emas mengikut harga semasa
• atau mengurang / menambah bilangan gadaian maka penebusan perlu dilakukan dan penggadai perlu melakukan gadaian semula
CARA BAYARAN BALIK
• Bayaran balik boleh dibuat secara sekaligus atau berperingkat
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat | 9.00 pagi – 5.00 petang (Tutup pada cuti umum)
