ππ’π£ππ₯ππ¦π π¨π‘ππππ πππ₯πππ
Koperasi UNIKEB Berhad dengan penuh kesyukuran dan rasa bangga ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-48 Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada 26 Jun 2025, bertempat di Auditorium PERMATApintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan bin Jalal (B) yang turut berkongsi amanat serta dorongan dalam memperkukuh peranan koperasi sebagai pemacu kesejahteraan ekonomi anggota.
Dengan berpaksikan nilai-nilai Integriti, Profesionalisme dan Komitmen, Mesyuarat Agung Tahunan ke-48 ini menjadi platform penting untuk merapatkan hubungan sesama anggota serta memperkukuh hala tuju koperasi ke arah kecemerlangan yang mampan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua anggota yang hadir dan memberikan sokongan padu kepada perjalanan koperasi. Kehadiran dan penyertaan aktif anda semua menjadi tonggak kejayaan mesyuarat ini.
Bersama-sama kita terus memacu UNIKEB sebagai koperasi unggul, berdaya saing dan berteraskan nilai korporat.
βBersatu, Berinovasi, Berdaya Saingβ.


