profW

Dr Haji Wan Mohtar Wan Yusoff
Pengerusi ALK

PERUTUSAN PENGERUSI

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Dengan nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam kepada junjungan besar Rasulullah S.A.W dan seisi keluarga baginda serta para sahabat.

Alhamdulillah syukur, ke hadrat Allah S.W.T, Tuhan mentadbir sekelian alam di atas segala nikmat dan kekuatan yang telah diberikan kepada semua warga Koperasi UNIKEB Berhad sehingga berjayanya membangun sebagai satu jentera masyarakat yang anggotanya faham dan mengerti tuntutan bermasyarakat “ berat sama di pikul, ringan sama dijinjing” sejak penubuhannya pada 14 September 1973.

Kita kini menuju ambang usia ke-empat-puluhan bersama UKM mengharungi arus pengungkapan falsafah UKM “Paduan antara Iman kepada Allah dengan ILMU yang bermanafaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti” untuk dinikmati semua dan untuk mensejahterakan masyarakat.

Saya bagi pihak Koperasi UNIKEB Berhad berasa syukur di atas setiap hasilan dan pencapaian yang diusahakan sehingga membuahkan hasil kejayaan sepertimana yang kita kecapi sekarang. Kejayaan yang melonjakkan ukhuwah Islamiah amat dirasakan. Kejayaan yang disukat dengan penunjuk ekonomi dan keberkesanan urusniaga boleh dimantapkan lagi. Mulai hari ini, suatu penyusunan semula jentera menyeluruh Koperasi, kegiatan urusniaga, kebajikan anggota, kekerapan majlis bersama anggota dan aturcara mesyuarat agong tahunan akan dilaksanakan . Insyaalah. Saya berdoa agar setiap laluan ke arah kejayaan sama-samalah kita tegur menegur, sentiasa bermusyawarah dan bertolak ansur selaras dengan perkembangan zaman yang terus menuntut kita untuk bersepadu, bersepakatan dan berakhlak mulia. Had dan sempadan dalam perhubungan sesama kita yang sudah jelas perlu kita sama-sama hayati.


Dr Haji Wan Mohtar Wan Yusoff
[Pengerusi ALK]