Lagu Kecemerlangan Koperasi

Tubuhnya mekar tersurat sudah
Pencetus amanah terbitan bangsa
Jatuh bangun generasi bertuah
Menongkah arus cabaran dunia 
Ekonomi mampan milik semua
Kecil dan besar hendak berjaya
Semangat kental tak pernah padam
Diasuh dibimbing siang dan malam

Korus:
Koperasi seiring aspirasi negara
Matlamat terpuji meliputi segala
Segenap insan sedia terbela
Menggarap kejayaan di bumi Malaysia

Tingkatkan perkhidmatan untuk berjaya
Terapkan nilai selaras dasar semasa
Prinsip dan falsafah koperasi difahami
Itulah kunci kecemerlangan koperasi

Ulang korus: