KEDAI EMAS DAN AR-RAHNU
KARAT | MUTU EMAS | HARGA GADAIAN |
---|---|---|
999 | RM265.71 | |
950 | RM252.42 | |
916 | RM243.39 | |
875 | RM232.49 | |
835 | RM221.86 | |
750 | RM199.28 |
PENGENALAN
Sebagai strategi jangka-panjang Koperasi UNIKEB dalam mempelbagaikan aktivitinya; sebuah kedai pajak gadai berkonsepkan Islam telah dilancarkan pada 3 November 2003. Memberi perkhidmatan dan faedah anggota koperasi serta masyarakat setempat yang memerlukan pajak gadaian atas landasan yang selari dan sesuai mengikut syariat islam.
Kedai ini terletak bangunan Wisma UNIKEB Aras 2, Taman Prima Saujana dan Setia Ecohill.
TUJUAN AR – RAHNU
- Menyediakan alternatif kepada masyarakat dalam memenuhi keperluan wang tunai segera
- Menghapuskan penindasan dalam urusan pajak gadai
KELEBIHAN AR – RAHNU
- Pinjaman bebas riba
- Upah simpan yang rendah berbanding konvesional
- Proses lelongan yang telus
- Perlindungan insurans
KONSEP SYARIAH PRODUK
Wadiah yad Dhamanah
- Simpanan dengan jaminan keselamatan
Ujrah
- Upah simpan barang gadaian
CIRI – CIRI PRODUK
KELAYAKAN : –
- Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap
- Berumur dari 18 tahun dan ke atas
- Tidak muflis
- Barang kemas (marhum) adalah milik sah pemohon / keluarga.
- Barang kemas (meliputi jenis emas yang di tetapkan)
– Semua jenis batu permata / hiasan TIDAK di terima
– Semua Gold Bar / syling / Dinar TIDAK di terima
HAD PEMBIAYAAN
- 70 % atas nilai marhun
- Maksimum RM50,000.00
TEMPOH GADAIAN
- Maksimum enam bulan
- Boleh diperbaharui semula tempoh gadaian iaitu maksimum 6 bulan.
KEKERAPAN GADAIAN
- Jumlah pembiayaan terkumpul tidak melebihi RM150,000.00 (tidak temasuk upah simpan)
GADAIAN SEMULA
- Jika penggadai ingin meminda harga emas mengikut harga semasa
- atau mengurang / menambah bilangan gadaian maka penebusan perlu dilakukan dan penggadai perlu melakukan gadaian semula