
Pengarah SKM cawangan Selangor melawat UNIKEB
Pada 13 Ogos 2020, pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia cawangan selangor, En Aminudin bin Yahya bersama dengan pegawai-pegawai berkunjung ke wisma UNIKEB untuk lawatan kerja. Beliau disambut baik dengan kehadiran pengurusan Koperasi UNIKEB Berhad bersama dengan Anggota Lembaga Koperasi yang terdiri daripada Dr. Hj. Zulkafli Amat, Prof. Dr. Hj. Zulkefli Hj Senteri, Prof. Dr. Hj. Amran Ab. Majid dan juga Hj. Zainudin Mohd Daud.