Soalan Lazim

 KOPERASI SECARA UMUM
 
S1 Apakah koperasi ?
S2 Apakah perbezaan di antara koperasi dengan syarikat berhad ? 
S3 Apakah prinsip & nilai yang dipegang oleh koperasi ? 
 
KEANGGOTAAN 
 
S4 Siapakah yang layak menganggotai UNIKEB dan bagaimana untuk membuat permohonan
S5 Berapakah caruman/yuran bulanan seseorang anggota UNIKEB ? 
S6 Apakah faedah menjadi anggota UNIKEB ? 
S7 Apakah Tabung Pendidikan Anak Anggota UNIKEB (TPPU) dan 
bagaimana untuk membuat permohonan ? 
S8 Apakah Anugerah Pelajar Cemerlang Anak Anggota UNIKEB dan bagaimana untuk membuat permohonan ?
S9 Apakah Kumpulan Wang Khairat Kematian UNIKEB ? 
S10 Bagaimana untuk mengeluarkan caruman apabila seseorang anggota UNIKEB telah berhenti dari UKM ? 
 
UNIKEB TRADING 
 
S11 Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh UNIKEB Trading ? 
S12 Bagaimana untuk membeli insuran kenderaan secara potongan gaji dan 
apakah syarat-syaratnya ? 
S13 Selain daripada tunai dan potongan gaji, adakah transaksi kad kredit disediakan di UNIKEB Trading? 
 
KEDAI BUKU 
 
S14 Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Kedai Buku UNIKEB ?
S15 Bolehkah transaksi kad kredit diterima di Kedai Buku UNIKEB ? 
S16 Apakah keistimewaan anggota UNIKEB semasa membeli barangan di Kedai Buku UNIKEB ? 
 
PEMASARAN 
 
S17 Apakah peranan Unit Pemasaran UNIKEB ? 
S18 Siapakah pelanggan Unit Pemasaran UNIKEB ?
S19 Apakah produk & perkhidmatan yang ditawarkan oleh Unit Pemasaran UNIKEB ? 
 
PASAR MINI 
 
S20 Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pasar Mini UNIKEB ? 
S21 Apakah skim yang ditawarkan untuk anggota UNIKEB ? 
 
AR RAHNU 
 
S22 Apakah Skim Gadaian Islam yang ditawarkan oleh UNIKEB dan
apakah syarat-syaratnya? 
S23 Bagaimanakah untuk mendapatkan perkhidmatan di Ar-Rahnu ? 
S24 Apakah perbezaan Skim Gadaian Islam yang ditawarkan oleh UNIKEB dengan skim gadaian terbuka ? 
 
CAWANGAN PPUKM 
 
Umart 1Coop UNIKEB (PPUKM) 
 
S25 Apakah perkhidmatan yang ditawarkan di Umart PPUKM ?
S26 Apakah skim yang ditawarkan oleh Umart PPUKM ? 
S27 Bagaimanakah waktu operasi di Umart PPUKM ? 
 
Kedai Buku UNIKEB (PPUKM) 
 
S28 Apakah perkhidmatan yang ditawarkan di Kedai Buku PPUKM ?
S29 Apakah kelebihannya jika seseorang anggota UNIKEB membeli 
buku di Kedai Buku PPUKM ?
S30 Bagaimanakah waktu operasi di Kedai Buku PPUKM ? 
 
Pejabat Pos Mini PPUKM 
 
S31 Apakah perkhidmatan yang ditawarkan di Pejabat Pos Mini PPUKM ? 
S32 Bagaimanakah waktu operasi di Pejabat Pos Mini PPUKM ? 
 
STESYEN MINYAK 
 
S33 Dimanakah lokasi stesyen minyak UNIKEB ?
S34 Apakah perkhidmatan yang disediakan untuk anggota UNIKEB dan bagaimana untuk membuat permohonan? 


 
JAWAPAN 
 
J1 Koperasi ialah sebuah pertubuhan sosio-ekonomi yang didaftarkan di bawah Akta 502 (Akta Koperasi 1993) Malaysia. Pertubuhan ini dianggotai, dimodali dan ditadbir oleh sekumpulan manusia berasaskan semangat dan usaha kerjasama untuk memajukan kepentingan ekonomi dan sosial anggota-anggotanya. 
 
Dalam ertikata lain, koperasi merupakan persatuan yang menjalankan aktiviti perniagaan yang bertujuan membantu dan meringankan beban anggota-anggotanya . Selain mendapat pulangan dalam bentuk dividen , anggota-anggotanya juga menikmati harga yang lebih murah dari pasaran dan kemudahan-kemudahan khas seperti pinjaman dan sebagainya, bergantung kepada koperasi yang dianggotainya. 
 
Sesebuah koperasi ditadbirselia oleh sepasukan Anggota Lembaga yang dilantik secara demokrasi pada Mesyuarat Agung yang biasanya diadakan selepas tiap-tiap akhir tahun kewangan sesebuah koperasi itu. Seorang Pengerusi , Setiausaha dan Bendahari akan dilantik untuk mentadbir koperasi itu. Lantikan dibuat bedasarkan pada calon yang mendapat undi terbanyak. Setiap anggota berhak mencalonkan seseorang daripada kalangan anggota untuk jawatan Anggota Lembaga. 
 
<KEMBALI> 
 
J2 Sesebuah koperasi ditubuhkan untuk memenuhi keperluan anggota-anggotanya manakala tujuan penubuhan sesebuah syarikat adalah untuk mencari keuntungan semata-mata. 
 
Hak milik sesebuah koperasi adalah kepada anggota-anggotanya manakala sesebuah syarikat dipunyai pemegang saham syarikat tersebut. 
 
Kawalan sesebuah koperasi dijalankan bedasarkan sistem demokrasi, berasaskan kepada satu anggota, satu undi . Kawalan sesebuah syarikat berhad pula dijalankan bedasarkan jumlah saham yang dipunyainya. 
 
Keuntungan sesebuah koperasi dikongsi dikalangan anggota-anggotanya manakala bagi sesebuah syarikat pula, keuntungan dibahagikan antara pemegang-pemegang saham. 
 
Nilai saham seseorang anggota koperasi adalah tetap dan boleh dikeluarkan semula. Saham sesebuah syarikat tidak boleh dikeluarkan semula dan nilainya tidak menentu. 
 
Pertubuhan koperasi tertakluk kepada Akta Koperasi manakala syarikat tertakluk kepada Akta Syarikat. 
 
<KEMBALI> 
 
J3 Prinsip & nilai yang menjadi asas kepada pertubuhan koperasi adalah : 
 
1. Keanggotaan Sukarela dan Terbuka 
 
Koperasi adalah sebuah organisasi sukarela, terbuka kepada sesiapa sahaja yang boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkannya dan rela menerima tanggungjawab sebagai anggota tanpa mengira jantina, perbezaan sosial bangsa, fahaman politik mahupun agama. 
 
2. Kawalan Demokrasi oleh Anggota 
 
Koperasi adalah organisasi berasaskan demokrasi, dikawal oleh anggotanya sendiri secara melibatkan diri dengan aktif dalam membuat polisi dan keputusan. Lelaki dan wanita, yang dilantik sebagai wakil adalah bertanggungjawab terhadap anggota-anggotanya. Bagi Koperasi asas, anggota-anggota mempunyai hak mengundi yang sama (satu anggota satu undi) dan koperasi di peringkat yang lebih tinggi turut mengamalkan dasar berbentuk demokrasi. 
 
3. Penglibatan Anggota Dalam Kegiatan Ekonomi 
 
Anggota-anggota memberi sumbangan samarata kepada modal koperasi dan mengawalnya secara demokrasi. Sekurang-kurangnya sebahagian daripada modal tersebut adalah harta bersama koperasi. Anggota-anggota selalunya menerima gantirugi yang terhad, jika ada, keatas modal yang disumbangkan sebagai sebahagian daripada syarat menjadi anggota. Anggota-anggota menyediakan peruntukan kewangan untuk satu-satu tujuan atau kesemua tujuan yang berikut: memajukan koperasi dengan menyediakan rezab, dimana sebahagian daripada rezab tersebut tidak boleh dibahagi-bahagikan, disamping memberi faedah kepada anggota mengikut jumlah transaksi mereka dengan koperasi dan menyokong lain-lain aktiviti yang dipersetujui oleh anggota. 
 
4. Kebebasan dan Autonomi 
 
Koperasi adalah organisasi berdikari dan bercirikan autonomi yang dikawal oleh anggotanya. Jika mereka memasuki mana-mana perjanjian dengan lain-lain organisasi, termasuk dengan kerajaan, atau menambah modal daripada sumber luar, mereka berbuat demikian di atas syarat-syarat yang memastikan kawalan demokrasi masih di tangan anggota disamping masih dapat mengekalkan taraf autonominya. 
 
5. Pendidikan, Latihan dan Maklumat 
 
Koperasi menyediakan pendidikan dan latihan untuk anggotanya, lembaga yang dipilih, pengurus dan pekerja agar mereka boleh menyumbangkan secara berkesan kepada kemajuan koperasi. Koperasi menyampaikan maklumat kepada orang ramai terutama golongan belia dan ketua-ketua masyarakat berhubung perihal dan faedah berkoperasi. 
 
6. Kerjasama Antara Koperasi-Koperasi 
 
Koperasi membantu anggotanya secara lebih berkesan di samping mengukuhkan gerakan koperasi dengan cara bekerja bersama-sama di peringkat tempatan, wilayah, nasional dan antarabangsa. 
 
7. Prihatin Terhadap Komuniti 
 
Di samping menumpukan kepada keperluan anggota-anggotanya, koperasi juga berusaha untuk membangunkan masyarakat secara mampan melalui dasar-dasar yang diterima oleh anggota-anggotanya.
 
<KEMBALI> 
 
J4 Keanggotaan UNIKEB hanya dibuka kepada kakitangan berstatus TETAP Universiti Kebangsaan Malaysia dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia sahaja 
 
Syarat & kelayakan untuk menganggotai UNIKEB 
 
Sertakan 2 keping gambar berukuran pasport 
 
Salinan slip gaji terkini & wang pendaftaran sebanyak RM5.00.
(Individu yang telah berhenti menjadi Anggota dan ingin memohon kembali perlu membayar RM10.00) 
 
Isi borang Permohonan Menjadi Anggota Koperasi UNIKEB Berhad dengan lengkap. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses
 
<KEMBALI> 
 
J5 Kadar Caruman 
 
 
 
 
<KEMBALI> 
 
J6 Faedah Menjadi Anggota UNIKEB 
 
• Pinjaman Bai' Al Inah (Peribadi) dengan kadar faedah yang sangat rendah  
 
• Pinjaman Express (dahulu kecemasan)
 
• Pembelian barangan keperluan rumah (perabot & elektrik) dan lain-lain barangan secara potongan gaji. 
 
• Pembelian insuran kenderaan secara kredit melalui potongan gaji 
 
• Mendapat diskaun tambahan 10% untuk pembelian buku di Kedai Buku UNIKEB 
 
• Seseorang anggota Koperasi UNIKEB layak menerima wang khairat kematian sekiranya ia kematian berlaku kepada beliau , suami atau isteri dan anak 
 
• Anugerah Pelajar Cemerlang kepada anak-anak Anggota UNIKEB mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. 
 
• Menawarkan Tabung Pinjaman Pendidikan UNIKEB (TPPU) untuk anggota dan anak-anak anggota UNIKEB yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan 
 
• Pembayaran dividen mengikut kadar yang diputuskan oleh Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi. 
 
<KEMBALI> 
 
J7 Tabung Pinjaman Pendidikan UNIKEB (TPPU) adalah satu dana yang ditubuhkan di bawah Tabung Kebajikan UNIKEB yang memperuntukkan sejumlah wang dalam bentuk pinjaman bolehubah bagi membiayai pendidikan anak-anak anggota,angota, kakitangan koperasi dan masyarakat sekitar UKM bagi melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pertama di Institut Pengajian Tinggi Awam. 
 
Untuk membuat permohonan, sila dapatkan 
 
• Borang permohonan dan lain-lain keterangan lanjut boleh didapati dari: 
 
Pentadbiran
Koperasi UNIKEB Berhad, Aras 4, Wisma UNIKEB 
43600 Bangi, Selangor
 
atau lawan sesawang www..unikeb.com
 
• Maklumat lanjut, sila hubungi 
 
Tel: 03-8925 2540/ 2617 atau 
E-Mail: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.">Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. 
 
 
<KEMBALI> 
 
J8 Anugerah Pelajar Cemerlang Anak Anggota UNIKEB merupakan satu anugerah yang diberikan kepada anak-anak anggota UNIKEB yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan mengikut kategori seperti berikut : 
 
Syarat & kelayakan 
 
1. PMR - lulus sekurang-kurangnya memperolehi 7A 
2. SPM - lulus sekurang-kurangnya 7A termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik
3. STPM - lulus sekurang-kurangnya 3A 
4. Program - lulus sekurang-kurangnya dengan mendapat Matrikulasi CGPA 3.30 KPM
5. IPTA - lulus sekurang-kurangnya dengan mendapat CGPA 3.50 
 
• Setiap keputusan peperiksaan mesti disertakan dengan salinan asal yang telah disahkan sebagai bukti. 
 
Anugerah ini menjadi acara tahunan yang disampaikan semasa Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi UNIKEB Berhad.
 
<KEMBALI> 
 
J9 Seseorang anggota UNIKEB layak menerima wang khairat kematian sekiranya berlaku kematian kepada beliau , suami atau isteri dan anak dengan kadar berikut ; 
 
• Kematian Anggota UNIKEB sumbangan RM 2,000.00 
• Suami atau Isteri kepada anggota UNIKEB sumbangan RM 100.00 
(di mana suami atau isteri yang meninggal itu bukan anggota) 
• Anak Anggota sumbangan RM 50.00 
 
 
<KEMBALI> 
 
J10 Seseorang anggota UNIKEB yang telah berhenti dari menjadi angota boleh mengeluarkan caruman beliau mengikut syarat-syarat berikut : 
 
Bersara Pembayaran akan dilakukan setelah diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi dalam tempoh sebulan. 
 
Berhenti Peribadi Akan dibawa ke Mesyuarat Lembaga Penarah Koperasi. Pembayaran akan dibuat dalam tempoh 1 tahun notis atau 6 bulan untuk kes-kes tertentu. 
 
Berhenti UKM Pembayaran akan dilakukan setelah diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi dalam tempoh sebulan. 
 
<KEMBALI> 
 
J11 UNIKEB Trading menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan berikut kepada anggota UNIKEB dan orang awam di mana anggota UNIKEB boleh membeli secara potongan gaji dan orang awam secara tunai sahaja : 
 
• Perabot (Jati & biasa) 
• Elektrik (Sony, National, Panasonic, Sanyo, LG, Singer dan sebagainya) 
• Basikal, mesin rumput, tayar kereta dan telefon bimbit 
• Tiket kapalterbang AIR ASIA & MAS (tunai) 
• Tiket bas Transnasional & Sutera 
• Insuran kenderaan (Takaful Nasional & UniAsia) 
 
 
 
<KEMBALI> 
 
J12 Cara-cara untuk membeli insuran kenderaan di UNIKEB Trading ialah: 
 
Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan dan dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan bayaran secara kredit. 
 
Dokumen yang diperlukan untuk memperbaharui insurans/Takaful adalah seperti salinan kad pendaftaran kenderaan, salinan kad pengenalan, salinan lesen memandu dan polisi insuran asal dari syarikat sebelumnya. 
 
<KEMBALI> 
 
J13 UNIKEB Trading menyediakan perkhidmatan kad kredit untuk belian melebihi RM 50.00 ke atas. 
 
<KEMBALI> 
 
J14 Perkhidmatan yang disediakan oleh Kedai Buku UNIKEB ialah menjual buku-buku, majalah, alat tulis, cenderamata berlogokan UKM , kupon tambah nilai prabayar dan sebagainya. 
 
<KEMBALI> 
 
J15 Transaksi kad kredit yang diterima di Kedai Buku UNIKEB adalah untuk belian barangan melebihi RM 50.00 ke atas. 
 
<KEMBALI> 
 
J16 Keistimewaan yang boleh dinikmati oleh anggota Koperasi UNIKEB semasa membeli barangan di Kedai Buku UNIKEB ialah boleh mendapatkan tambahan 10% diskaun tunai untuk pembelian buku sahaja. 
 
<KEMBALI> 
 
J17 Peranan Unit Pemasaran di Koperasi UNIKEB Berhad ialah berusaha untuk mendapatkan pasaran untuk buku-buku tempatan dan luar negeri. 
 
<KEMBALI> 
 
J18 Pelanggan Unit Pemasaran UNIKEB ialah Jabatan-jabatan Kerajaan, Istitusi-institusi Pengajian Tinggi dan Badan-badan yang berkaitan dengan bahan-bahan bacaan dan pembelajaran. 
 
<KEMBALI> 
 
J19 Produk dan perkhimatan yang disediakan oleh Unit Pemasaran UNIKEB ialah menyediakan perkhidmatan pengedaran buku-buku dan bahan bacaan. 
 
<KEMBALI> 
 
J20 Perkhidmatan yang oleh Pasar Mini UNIKEB ialah jualan barang-barang runcit termasuk makanan, minuman, barangan tisu, barangan penjagaan diri, surat khabar dan sebagainya. 
 
<KEMBALI> 
 
J21 Perkhimatan yang disediakan oleh Pasar Mini UNIKEB kepada anggotanya ialah Skim belian barang secara potongan gaji. 
 
<KEMBALI> 
 
J22 Skim Gadaian Islam yang ditawarkan oleh UNIKEB ialah Skim Gadaian Ar Rahnu. Syarat-syarat untuk menggadai di Ar Rahnu UNIKEB ialah: 
 
• Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia
• Berumur 18 tahun ke atas 
• Barang kemas ( mili sah pemohon atau ahli keluarga) 
• barang kemas yang digadai mestilah meliputi jenis emas yang telah ditetapkan 
• semua jenis batu hiasan dan permata tidak diambil kira 
• Pemohon yang ingin menggadai mestilah membawa kad pengenalan asal dan salinannya 
 
<KEMBALI> 
 
J23 Untuk mendapatkan perkhimatan di Ar Rahnu, sila kunjungi:
 
Unit Ar Rahnu 
Lot 2.09 Wisma UNIKEB, Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-89214038/ 03-8925 2540 
 
Waktu urusan 
: Isnin - Khamis - |9.00 Pagi - 5.00 Petang| 
: Jumaat - |9.00 Pagi - 12.15 Tengahari| |2.45 Petang - 5.00 Petang|
 
<KEMBALI> 
 
J24 Perbezaan Skim Gadaian Islam yang ditawarkan oleh UNIKEB dengan gadaian terbuka ialah tidak mengamalkan riba dan keselamatan barang yang digadai adalah terjamin. 
 
<KEMBALI> 
 
J25 Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pasar Mini HUKM ialah menawarkan perkhidmatan jualan barangan runcit termasuk makanan, minuman, barangan tisu, kupon prabayar epay, barangan penjagaan diri, surat khabar dan majalah dan sebagainya untuk keperluan kakitangan, pelajar, pesakit dan orang ramai yang berada di HUKM. 
 
<KEMBALI> 
 
J26 Skim yang ditawarkan oleh Pasar Mini HUKM ialah menawarkan perkhidmatan pembelian barangan secara kredit kepada anggota Koperasi UNIKEB Berhad. 
 
<KEMBALI> 
 
J27 Waktu operasi di Umart PPUKM adalah seperti berikut; 
 
Isnin hingga Sabtu - 8.00 Pagi - 6.00 Petang
 
Ahad dan cuti umum - 10.00 Pagi - 5.00 Petang
 
<KEMBALI> 
 
J28 Perkhidmatan yang disedikan oleh Kedai Buku HUKM ialah menjual buku-buku akademik, bahan bacaan ringan, majalah, surat khabar, barangan cenderamata berlogokan UKM, alat tulis, dan perkhidmatan photostat. 
 
<KEMBALI> 
 
J29 Kelebihan yang boleh dinikmati oleh seseorang anggota UNIKEB sekiranya membeli buku di Kedai Buku HUKM ialah boleh menikmati tambahan diskaun tunai sebanyak 10%. 
 
<KEMBALI> 
 
J30 Waktu operasi di Kedai Buku PPUKM ialah 
 
Isnin hingga Sabtu - 8.00 Pagi - 5.00 Petang 
 
Ahad dan cuti umum - 10.00 Pagi - 5.00 Petang 
 
 
 
<KEMBALI> 
 
J31 Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pos Mini PPUKM ialah 
 
Jualan setem 
 
Jualan dan Bayaran Wang Pos 
 
Pos Ekspres 
 
Bungkusan dalam dan luar negara 
 
Surat Berdaftar dalam dan luar negara 
 
Bayaran bil-bil setempat 
 
Tenaga Nasional Berhad (tunai sahaja) 
 
Syarikat Telekom Malaysia (tunai sahaja) 
 
Time TT Dot Com (tunai sahaja) 
 
Indah Water Konsortium Bhd (tunai sahaja) 
 
ASTRO (tunai sahaja) 
 
TM NET (tunai dan cek) 
 
MAXIS (tunai dan cek) 
 
TMTOUCH (tunai dan cek) 
 
CELCOM (tunai dan cek) 
 
DIGI (tunai dan cek) 
 
Bayaran Cukai Pintu 
 
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
 
Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
 
Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) 
 
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 
 
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 
 
Urusan berikut TIDAK boleh dilakukan di Pejabat Pos Mini PPUKM; 
 
• Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 
 
• Amanah Saham (ASB/ASN) 
 
• Tabung Haji dan 
 
• Pos Laju 
 
 
 
JUALAN Insurans Kenderaan 
 
Koperasi Unikeb Berhad merupakan ejen yang sah kepada syarikat insurans 
 
TAKAFUL IKHLAS (tunai & potongan gaji)
 
ETIQA TAKAFUL (tunai & potongan gaji) 
 
UNIASIA (tunai & potongan gaji) 
 
 
 
JUALAN TIKET 
 
Koperasi Unikeb Berhad merupakan ejen jualan tiket kepada 
 
Syarikat penerbangan AIR ASIA untuk semua destinasi yang telah ditetapkan oleh syarikat tersebut. Transaksi urusan secara tunai sahaja 
 
PERKHIDMATAN KEANGGOTAAN 
 
• Pembiayaan Wang (Al-Qardul Hassan dan Kecemasan) 
 
• Pinjaman Barangan Perabot/Elektrik/Barang Kemas/Komputer 
 
• Pinjaman Insurans Kenderaan 
 
• Anggota Baru 
 
 
<KEMBALI> 
 
J32 Waktu operasi di Pejabat Pos Mini PPUKM ialah 
 
Isnin hingga Jumaat - 8.30 Pagi - 6.00 Petang 
 
Ahad,Sabtu dan cuti umum - Tutup 
 
 
 
 
<KEMBALI> 
 
J33 Lokasi Stesyen Minyak UNIKEB ialah 
 
Stesyen Minyak UNIKEB 1 
Lot 8761, Jalan 1/1 
43650 Bandar Baru Bangi 
Selangor Darul Ehsan. 
 
Tel : 03-8925 0327 
 
Stesyen Minyak UNIKEB 2 
Lot 7 & 8, Jalan 4/1 
43650 Bandar Baru Bangi 
Selangor Darul Ehsan. 
 
Tel : 03-8925 4202 
 
<KEMBALI> 
 
J34 Perkhidmatan yang disediakan oleh Stesyen Minyak UNIKEB kepada anggotanya ialah Skim Kredit Minyak dan untuk membuat permohonan, pemohon mestilah datang ke Pejabat Urusan Koperasi UNIKEB di Wisma UNIKEB untuk mengisi borang pemohonan. 
 
<KEMBALI>