Koperasi UNIKEB Berhad

   

Diasaskan daripada sebuah syarikat jimat cermat & pinjam-meminjam yang ditubuhkan pada permulaannya dengan nama Syarikat Kerjasama Tenaga UNIKEB Berhad pada 14hb September 1973 dengan nombor pendaftaran 4877. Pada tahun 1978, status syarikat kerjasama telah ditukarkan kepada koperasi serbaguna dengan nama barunya KOPERASI UNIKEB BERHAD yang kekal sehingga kini.

Pada peringkat permulaannya keanggotaan UNIKEB kurang mendapat sokongan daripada kakitangan UKM yang hanya dianggotai oleh seramai 105 orang ahli sahaja. Namun begitu, dengan berkat kesabaran dan ketekunan anggota-anggotanya untuk memajukan UNIKEB, sehingga kini keanggotaan UNIKEB telah menjangkau kepada 4,665 orang anggota aktif sehingga 30 April 2014 yang terdiri daripada kakitangan tetap Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kampus Kuala Lumpur (KKL) dan kakitangan UKM Holding serta kakitangan UNIKEB sendiri.

            
UNIKEB kini mampu berdiri megah bersama koperasi-koperasi lain kerana telah mempunyai bangunannya sendiri, WISMA UNIKEB yang menjadi mercu tanda ke atas kejayaan dan kecemerlangan aktiviti koperasi yang dilaksanakan. Wisma UNIKEB juga melambangkan kekuatan sokongan yang diberikan oleh anggota-anggotanya dalam usaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada anggota, warga UKM dan masyarakat setempat. Selamat melayari Laman Web UNIKEB dan terima kasih di atas kunjungan anda ke sini.